Kelmarin, tanggal 22hb Januari..kami dikejutkan dengan berita bahawa Sultan Johor, Sultan Iskandar sedang gering. Malah pada ketika itu, ada juga yang berkata bahawa Almarhum sudah mangkat. Aku menunggu sehingga tengah malam, dan pada saat Menteri Besar mengumumkan kemangkatan baginda, sayu nyer hati..
Entahlah..aku bukanlah org yg terlalu mengagungkan seseorang..tetapi..perasaan..perasaan yang aku rasai..sama seperti ketika aku kehilangan arwah mak dulu..
Sedih..pilu..takut..
Aku membesar dalam zaman pemerintahan Baginda..walaupun seringkali di provok dengan bermacam cerita negatif....tetapi sebagai warganegara yang tahu dan faham akan Rukun Negara...rasa hormat, taat setia..kagum tetap ada pada Almarhum.
Benar..lumrah manusia..kekurangan dan keburukan akan sentiasa dilihat dan jadi kayu pengukur dalam menentukan kredibeliti seseorang..kita manusia biasa..tetap tidak lari dari melakukan kesilapan.
Sungguhpun begitu..jasa Almarhum amat besar..terlalu besar..dan aku sangat-sangat bersyukur..dilahirkan sebagai anak jati Johor.
Seharian aku menonton tv menyaksikan upacara pemakaman Almarhum baginda Sultan. Jujur aku katakan..airmata aku turun tanpa dipaksa ..sedangkan aku bukanlah org yg mudah untuk mengalirkan airmata..Aku pasti..kalau arwah mak, arwah nenek masih ada..mereka pasti merasai kesedihan dan kepiluan ini lebih dari apa yang aku rasai..Mungkin kerana mereka mempunyai susur galur keturunan yang sama...dari 5 bersaudara....Di saat ini..aku terkenangkan saat aku menyanyikan lagu Tambak Johor bersama arwah mak..ye itulah lagu kegemaran arwah mak..
SEMOGA ALMARHUM DICUCURI RAHMAT...ALFATIHAH..