Saturday, December 19, 2009

Menanti Kelahiran

Saat ini..aku semakin gementar..risau..berdebar-debar..
Kerana apa??
Kerana menanti saat-saat kelahirannya..
Mudah-mudahan..segalanya dipermudahkan Allah..
Mudah-mudahan sang ibu dan anak itu sentiasa dirahmati Allah..
Mudah-mudahan sang ibu dan anak itu dalam keadaan sihat sejahtera..
Mudah-mudahan sang ibu dan anak itu tidak di timpa sebarang musibah...
Mudah-mudahan sang anak..lahir sempurna sifat dan sihat sejahtera..
Mudahan-mudahan sang ibu..tabah menghadapi dugaan ini...

Ya Allah...
Bantulah kedua-duanya..
Rahmatilah mereka..
Permudahkanlah proses kelahiran itu nanti..
Permudahkanlah proses penukaran "hak milik" itu nanti..
Semoga Ya Allah..dengan kelahiran anak ini..
Dengan adanya anak ini di sisi ku nanti..
Memberi manafaat kepada aku dan dia..
Memberi kebaikan dunia dan akhirat..
Merubah aku menjadi insan yang lebih baik dari hari ini..
Juga kepada sang ibu yang banyak menderita..
Semoga apa yang berlaku..
membuahkan kebahagiaan, keberkatan kepada kamu...
Amin...


0 comments: