Friday, November 20, 2009

Apabila manusia bercakap menggunakan perasaan...

Hari ni, sekali lagi kesabaran, ketabahan aku diuji..
Ikutkan hati mau je aku lempang2 mulut Individu terbabit..
Aku depressed sangat2..mujurlah masih ada sisa2 kekuatan yang mampu aku gunakan untuk meneruskan kehidupan..
Payah untuk meyakinkan seseorang..bila sikap ego, keras kepala sentiasa menjadi raja..Menjadi bertambah payah, bila bahasa seperti orang yang tidak pernah menerima pelajaran..Suka-suka hati melemparkan perkataan bodoh, bangang..kepada orang lain..tanpa memikirkan kesan dari apa yg diperkatakan..
Aku kuatkan semangat..percaya ada ketentuan Ilahi..ujian tidak akan diberikan kepada hambaNYa yang tidak mampu untuk menghadapi..
Alhamdulillah..Allah menyayangi aku..semakin besar ujian yang diberi..semakin banyak dan semakin besar hikmah yang tersembunyi..
Tak apa lah..hari ini hari die..Balas dendam???
Itu bukan cara aku..biarlah tuhan yang membalasnya..Aku cuma mampu berdoa..agar individu terbabit..sedar akan kesilapannya..berani untuk berubah dan menerima kesalahan..sebagaimana aku menerima kesalahan dan menelan segala cemuhan yang diberi..walaupun bukan aku yang melakukannya....Biarlah..
Aku akan lakukan dan pegang amanah yang diberikan sebaik mungkin...dan selagi aku mampu bersabar..aku akan terus sabar...kerana aku percaya pada Janji Allah...orang yg sabar akan ujian yang diberi..ada hikmah dan ganjaran yang berlipat kali ganda bakal aku kecapi...

0 comments: