Sunday, October 4, 2009

Alhamdulillah

akhirnya..aku berjaya juga membuka sebuah blog..setelah sekian lama blog terakhirku terperap begitu saja..
bukan sebab aku malas..tapi kesibukan kerja dan kesibukan menguruskan hal-hal kehidupan membuat aku terpaksa mengenepikan segala-gala perkara yg ku fikir tidak "penting" dan mengutamakan yg perlu diutamakan...

aku terpanggil untuk membuat blog ini kembali..kerana ingin ku jadikan sebagai satu medium untuk aku melepaskan apa yg terbuku di hati..

Ya..pada zahirnya aku kelihatan ganaz..garang..sombong..keras hati...namun..aku juga seorang insan biasa..seorg wanita yg x lepas dari pelbagai mainan perasaan..

Dan selepas..pemergian arwah mak..dan setelah 20 tahun pemergian arwah abah..tiada sesiapa untuk ku kongsikan segalanya...aku anak tunggal??? tidak..

aku masih ada 2 org kakak, seorang abg dan seorg adik perempuan..masih ramai lg ahli keluarga ku..namun aku mungkin sudah terbiasa..suka memendam perasaan dan jrg berkongsi perasaan dgn sesiapa..

Pada pandangan mereka aku kuat..tabah dan sabar...namun Tuhan saja yg mengetahui betapa beratnya bebanan yg terpaksa ku tanggung selama ini...

Arwah mak selalu pesan..jgn lemah..kena kuat..sebab aku perlu jadi tiang yg kuat untuk adik beradik aku berpaut kala mereka dirundung kesedihan dan kesusahan...Insyaallah..mudah-mudahan..aku terus kelihatan kuat dan terus kuat dan tabah..agar org2 sekeliling dan mereka-mereka kesayanganku terus kuat menempuhi ap jua dugaan dlm hidup selepas ketiadaan mereka yg amat kami sanjungi dan sayangi..Ya..merekalah..Mak & abah....

0 comments: