Sunday, October 4, 2009

Sakit kepala...

Entah kenapa..sudah seminggu aku mengalami sakit kepala yang x berkesudahan..
Sakit kepala yang diiringi dengan sakit tengkuk dan bahu..org kate kalau pening2 ditambah dgn sakit bahu atau tengkuk..berkemungkinan besar kita mengalami tekanan darah tinggi..

Tapi aku baru pg tadi wat check up..tekanan darah aku normal..entah le..maybe aku masih dlm mood sedih atau merasa semakin besar tanggungjawab yg perlu dipikul selepas pemergian arwah mak..

Ye..walaupun aku bukan anak sulung, tapi aku perlu membantu kak long dlm mentadbir dan menguruskan peninggalan arwah..walaupun hanya tnh sekangkang kera, sebuah rumah yg belum sempurna...namun..tanggungjawab kami memastikan pembahagian bulanan hasil kebun perlu dibahagikan sama rata antara kami berlima serta keluarga arwah abg aku...makin besar tanggungjawab bila aku diberi mandat untuk menjadi akuantan x bertauliah serta bersama-sama menguruskan hal-hal berkaitan peninggalan...
kalau org lain gembira terpilih dlm menguruskan hal-hal berkaitan kewangan..tapi bg aku..itu adalah suatu tanggungjawab yg amat besar untuk dilaksanakan..bukan mudah untuk memegang amanah dan melaksanakannya..dan bukan mudah untuk berlaku adil pada setiap org..tapi aku bersyukur pada Sang maha Pencipta..selepas kami kehilangan bonda tercinta..hubungan kami adik beradik bertambah erat..malah seia dlm membuat keputusan..alhamdulillah..dan mudah-mudahan..kami ber 5 akan sentiasa erat, penuh dgn kasih syg...Insyaallah..Amin..

0 comments: